Pembangunan Messerschmitt Me 323

Me 321

Rencana utama: Messerschmitt Me 321

Permulaan pengangkut Me 323 Gigant (gergasi) adalah pada tahun 1940 apabila Jerman memerlukan peluncur penyerang besar sebagai persediaan bagi Operasi Sealion, unjuran penjajahan Great Britain. Peluncur ringan DFS 230 yang terlah membuktikan keupayaannya dalam serangan terkenal ke atas Fort Eben-Emael di Belgium (serangan pertama oleh pasukan bawaan peluncur), dan kemudiannya digunakan dengan jayanya dalam penjajahan Crete pada 1941. Bagaimanapun, kemungkinan melaksakan serangan menyeberangi Selat Inggeris menumpu fikiran pada keupayaan mengangkut kenderaan dan peralatan berat lain sebagai sebahagian gelombang serangan pertama. Sungguhpun Operasi Sealion dibatalkan, keperluan bagi keupayaan pengangkutan udara berat masih wujud, dengan tumpuan kini ke atas Operasi Barbarossa yang akan datang, penjajahan Soviet.

Pada 18 Oktober 1940, Junkers dan Messerschmitt diberikan hanya 14 hari bagi mencadangkan peluncur pegangkut besar. Tumpuan masih kepada peranan menyerang: keperluan bercita-cita tinggi adalah berkeupayaan membawa sama ada meriam 88mm dan traktor separuh berantainya, atau kereta kebal serdahana PzKpfw IV. Junkers Ju 322 'Mammut' mencapai bentuk prototaip, tetapi tidak memenuhi hati kerana pembinaannya menggunakan kayu sepenuhnya dan dilupuskan. Messerschmitt pada asalnya dinamakan Me 261w, kemudian ditukar kepada Me 263, dan kemudiannya menjadi Me 321. Sungguhpun Me 321 berkhidmat agak lama di Rusia, ia tidak pernah digunakan bagi penjajahan Malta, atau sebarang serangan udara sepertinya.

Me 323

Pada awal 1941, disebabkan maklumbalas dari juruterbang Pemerintah Pengangkutan (Transport Command di Russia, keputusan diambil bagi menghasilkan versi berenjin bagi Me 321, yang dinamakan sebagai Me 323. Ia diputuskan untuk menggunakan enjin radial Gnome GR14N Perancis dinilai 990 hp sebagaimana digunakan bagi pesawat Bloche MB.175; menggunakan enjin Perancis tidak akan membebankan industri Jerman yang sudah pun terdesak.[1]

Ujian awal dilakukan menggunakan empat enjin Gnome dipasang pada sayap Me 321 yang diperkukuhkan, yang memberikan kepantasan serdahana 210 km - 80 km/h lebih perlahan berbanding pesawat pengangkut Junkers Ju 52. Tumpang bawah kekal dipasang, yang terdiri dari empat roda kecil dalam bogi di hadapan pesawat dengan enam tayar lebih besar dalam dua baris tiga sebelah badan, separuh tertutup oleh kekisi aerodinamik. Tayar belakang dipasang dengan brek pneumatik, dan mampu menghentikan pesawat dalam jarak 200 meter.

Me 323C berenjin empat hanya dianggap sebagai langkah sementara kepada siri D enam enjin; ia masih memerlukan bantuan Heinkel He 111Z Zwilling 5 enjin atau tatarajah Troikaschlepp yang amat merbahaya yang terdiri daripada tiga pejuang berat Messerschmitt Bf 110 untuk berlepas dengan muatan penuh, tetapi mampu kembali ke pengkalan dengan kuasa sendiri apabila kosong. Ini ternyata tidak banyak beza dengan Me 321, dengan itu prototaip V2 menjadi yang pertama berenjin enam dan terbang buat kali pertamanya pada awal 1942, dan menjadi prototaip bagi pesawat siri D. 6 enjin dipasang bagi mengurangkan prsingan (torque) - tiga enjin berpusing pusingan jam dipasang di sayap kanan (port wing) dan tiga enjin berputar melawan jam di sayap sebelah kiri pesawat.